Jul 2012

Cara segalanya bermula

Idea tentang Canva tercetus sewaktu Melanie Perkins mengajar atur cara reka bentuk grafik di universiti dan mendapati bahawa pelajar bergelut untuk belajar tentang asas-asas atur cara. Hasil kerjasama dengan pengasas bersama Cliff Obrecht, mereka melancarkan Fusion Books, alatan reka bentuk dalam talian yang memudahkan pelajar dan guru menghasilkan buku tahunan mereka sendiri. Tidak lama kemudian, mereka sedar bahawa teknologi yang mereka bangunkan boleh digunakan secara lebih meluas. Setelah pencarian yang meluas, mereka melancarkan Canva bersama-sama pengasas bersama teknologi Cameron Adams.

Pengasas
Nov 2012
dave

David menyertai pasukan ini

Pimpinan Pembangunan

David ialah pembangun utama (cth., buat kacau) dan menjadi tempat rujukan berkaitan hal teknologi di Canva. Beliau merancang dan membina pelayan yang menguasakan wadah, membantu pengguna mencipta reka bentuk yang cantik. Tugas beliau baru-baru ini ialah anggota pasukan di Google. Anda mungkin akan terjumpa beliau meluangkan sebahagian besar masanya menjalani gaya hidup Sydney - sama ada bertukar-tukar kafe atau berehat di pantai.

mike

+ Mike

Jurutera Bahagian Depan

Mike ialah ahli pasukan bahagian depan Canva, pintar dalam hal berkaitan piksel dan membangunkan skrip untuk membentuk antara muka intuitif. Apabila beliau tidak terkial-kial menghasilkan ayat aliteratif, individu yang berasal dari California ini biasanya membaca buku, memasak resipi baharu atau menyelidiki tempat-tempat lain untuk dilawati dalam lawatan ke seluruh dunia yang sering ditangguhkannya.

Dis 2012
hazel

+ Hazel

Projek Khas

Hazel telah menyertai Canva sejak awal penubuhannya, maka beliau seorang yang serba boleh dan serba tahu di Canva. Bermula sebagai Ketua Kepuasan Pelanggan, beliau kini bekerja rapat dengan beberapa pasukan di seluruh Canva, membantu menjalankan ujian dan projek khas yang lain. Pada waktu lapangnya, Hazel suka meluangkan masa bersama keluarganya, mencari lagu baharu di Spotify dan membaca novel terkini.

Feb 2013
merv

+ Mervyn

Pengurus Perakaunan

Mervyn (dikenali sebagai "Swervin") ialah pengurus perakaunan kami dan telah menyertai Canva sejak Februari 2013. Beliau berasal dari "The Emerald Isle" dan telah berpindah ke Sydney pada September 2012.

Mac 2013
jim

+ Jim

Jurutera

Jim Tyrrell (berima dengan "squirrel") ialah ahli pasukan kejuruteraan berbakat yang membantu menjalankan Canva. Beliau merupakan graduan University of Technology, Sydney, dan bekerja sebagai jurutera perisian di VMware sebelum ini. Berasal dari Central Coast di New South Wales, Jim kini menetap di Sydney. Apabila beliau tidak mengekod, beliau gemar meluangkan masa di luar atau berjalan-jalan.

zach

+ Zach

Ketua Pencerita

Zach ialah kakitangan Perhubungan Awam dan pemasaran kami. Jarang senyap, beliau akan bercerita tentang wawasan Canva kepada sesiapa sahaja yang mahu mendengarnya. Bekerja di bahagian pemasaran, khidmat pelanggan dan reka bentuk, tumpuan Zach adalah memastikan pengguna mendapat pengalaman yang hebat.

Canva Mengutip $3.6 juta daripada Pelabur Hebat dari AS dan Australia

Syarikat Canva yang baru bertapak di Australia, mengumumkan telah mengumpulkan $3 juta modal pusingan daripada pelabur utama Australia dan AS termasuk Matrix Partners, InterWest Partners dan 500 Startups.

$
Logo inner west
logo matriks
diterima
berbual
Lagi

Nyalakannya

Hidupkan lampu dengan mengklik mentol.

Mei 2013
lee

+ Lee

Pengarah Fotografi Stok

Lee ialah seorang mahaguru fotografi stok di Canva. Berasal dari Melbourne, beliau pernah tinggal dan bekerja di luar negara secara tidak berterusan sejak 2001 namun beliau kerap kali melawat Canva. Beliau bertanggungjawab ke atas segala perkara yang berkaitan dengan imej stok yang menakjubkan di Canva. Pada masa lapangnya, Lee menulis blog Microstock Diaries dan dikenali kerana telah beberapa kali menganjurkan persidangan industri.

pat

+ Patrick

Jurutera

Patrick boleh dianggap sebagai pemaju, pereka bentuk, penulis, penceramah dan perunding. Secara lebih ringkas, beliau suka menjadi sebahagian daripada pencipta pengalaman yang disukai pengguna. Patrick bersusah payah menulis biografi 60 perkataan tentang Canva meskipun pernah menulis buku tentang CoffeeScript yang mengandungi lebih banyak perkataan daripada The Hobbit.

Ogos 2013

Canva Melancarkan Versi Betanya dan Menerima Sambutan Luar Biasa

Kami melancarkan Canva ke seluruh dunia, membolehkan semua orang mencipta reka bentuk yang indah. Pemasar, penulis blog dan pemilik perniagaan kecil berpusu-pusu menggunakan Canva untuk membuat reka bentuk.

Canva Melancarkan BETA
Sep 2013
andrew

+ Andrew

Jurutera

Andrew membangunkan app iPad di Canva. Sebelum Canva, beliau melakukan kerja kontrak, terutamanya mengusahakan apl yang memenangi pelbagai anugerah iaitu apl "Play School Art Maker". Andrew gemar melancong, dan tidak sabar untuk pergi ke tempat baharu, mungkin ke Jepun atau New Zealand.

Nov 2013
poppie

+ Poppie

Pereka Bentuk

Poppie Pack ialah pereka grafik kanan Canva. Beliau bertanggungjawab ke atas kebanyakan rekaan grafik mengagumkan di Canva. Pengalaman Poppie merangkumi penyiaran dan penjenamaan, yang dapat dilihat mempengaruhi gaya yang dihasilkan di Canva. Sebagai warga New Zealand yang menyertai Canva, Poppie telah memperkenalkan kosa kata seperti "crisp" dan "totes" ke dalam bahasa pejabat.

Jan 2014

150,000 Orang yang Mengagumkan Menyertai dan Membantu Menyebarkan Berita

Terima kasih atas semua sokongan hebat anda, kami telah mencapai 150,000 pengguna dan dibuka kepada orang ramai.

150,000 
Feb 2014
scott

+ Scott

Jurutera Bahagian Depan

Scott membantu menggilap penyunting dan mendorong mereka melaksanakan kerja dengan cepat. Beliau turut menghabiskan masa yang panjang dengan berfikir tentang ciri-ciri yang membentuk antara muka pengguna yang baik. Beliau mengakhiri tugas di Atlassian sebelum menyertai Canva. Pada masa lapang, beliau suka membuat reka bentuk permainan teka-teki yang cukup sukar.

Mac 2014
nik

+ Nik

Jurutera

Nik ialah anggota pasukan kejuruteraan Canva. Beliau bekerja terutamanya di bahagian belakang, membantu dalam mencipta infrastruktur yang memperkasakan Canva. Apabila beliau tidak melakukan pengekodan, anda mungkin mendapati Nik sedang membaca, menonton wayang, mengembara atau menikmati beberapa sajian terbaik di Sydney.

brendan

+ Brendan

Jurutera

Brendan ialah seorang jurutera dalam pasukan bahagian akhir di Canva. Sebelum ini, beliau merupakan pengasas bersama Cenqua, yang kemudiannya diambil alih oleh Atlassian. Di luar masa bekerja, Brendan melaburkan masanya dalam membina mainan elektronik kejuruteraan terlampau untuk anak-anaknya.

April 2014

Guy Kawasaki Menyertai sebagai Ketua Duta Jenama

Bekas ketua duta jenama Apple, Guy Kawasaki menyertai Canva dan menghidupkan kembali gelarannya yang terkenal di Apple.

Guy Kawasaki Menyertai Canva
Guy Kawasaki Menyertai Canva
shamal

+ Shamal

Pengurus dan Pereka Bentuk Vibe

Shamal ialah ahli pasukan reka bentuk dan membantu dalam operasi harian di Canva. Shamal belajar seni bina di University of Technology, Sydney dan menjalankan syarikat reka bentuk butik milik sendiri sebelum menyertai Canva. Di luar waktu bekerja, Shamal suka mendengar muzik, bermain sukan dan "berfalsafah" tentang reka bentuk.

nic

+ Nic

Jurutera

Nic ialah Jurutera dan pendokong UX yang berkerja dengan pasukan iOS. Sebelum menyertai Canva, beliau merupakan seorang jurutera kontrak, menghasilkan permainan dan apl di Tasmania. Nic gemar bermain dan mereka bentuk permainan video serta berdiri di sebelah seseorang untuk membuktikan ketinggian beliau ialah 6' 10”.

Mei 2014
song

+ Song

Chef

Tanya sesiapa sahaja yang bekerja di Canva dan mereka akan memberitahu anda bahawa Song ialah salah seorang anggota yang paling penting dalam pasukan. Beliau membekali kami dengan pelbagai makanan yang lazat sepanjang minggu dan memastikan pejabat sentiasa bersuasana gembira dan sihat.

Jun 2014
matt

+ Matt

Pereka Bentuk

Matt ialah seorang pereka grafik di Canva. Beliau bertanggungjawab ke atas kebanyakan tutorial hebat di Canva Design School dan membuat reka bentuk e-mel yang cantik, yang anda terima dalam peti masuk anda. Matt baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Kreatif (Reka Bentuk Grafik) di University of Wollongong. Dikenali sebagai "pakar seni" di pejabat, beliau berasa lega apabila bukan lagi merupakan ahli termuda dalam pasukan. Pada waktu terluang, Matt gemar menonton dan bermain kriket serta mengebas makanan Nic.

didier

+ Didier

Pereka Bentuk Web

Didier ialah lelaki Perancis di Canva dan mempunyai banyak pengetahuan untuk mencipta reka bentuk yang menarik. Anda boleh tahu apabila seseorang berjalan melintasi skrin beliau kerana mereka akan membisikkan "ooh la la". Didier pernah bekerja di agensi reka bentuk Web yang utama, termasuk Demonz Media dan Boomworks.

Julai 2014
chris

+ Chris

Jurutera

Chris ialah CBO (ketua pegawai bir) Canva selain bertugas sebagai jurutera bahagian depan. Beliau gemar menulis kod mudah boleh digunakan semula yang membantu kami menghantar kepada pengguna secepat mungkin. Sebelum Canva, Chris telah menyelesaikan masalah bagi pasukan JIRA Atlassian. Beliau berhasrat untuk memadamkan kod lebih banyak daripada yang ditulisnya dan beliau juga berusaha untuk menjual segala-gala yang beliau miliki.

Canva Melancarkan butang “Reka Bentuk” miliknya

Canva melancarkan "Butang Canva" keluarannya, pemalam baharu yang mudah bagi tapak web pihak ketiga untuk membolehkan pengguna mereka mencipta grafik milik mereka.

Lagi

Cuba gunakan Butang tersebut!

Klik "Buat Reka Bentuk Pengepala" dan cipta reka bentuk milik anda.

Buat reka bentuk pengepala
  • imej 1
  • imej 2
  • imej 3
  • imej 4
  • imej 5
  • imej 6
  • imej 7
  • imej 8
  • imej 9
  • imej 10
  • imej 11
  • imej 12
Ogos 2014

Pejabat Dibuka di Manila

Pembukaan pejabat Canva di Filipina membawa sama pasukan kepuasan pelanggan, reka bentuk dan pasaran.

Pejabat Dibuka di Manila
Roda Canva
Roda Canva
kei

+ Kei

Pengurus Negara

Kei menyokong semua perkara yang melibatkan warga kerja dan operasi Canva di Manila. Beliau membantu memudahkan proses antara Sydney dan Manila sambil menjalankan wawasan untuk pasukan. Apabila tidak bekerja, beliau suka menikmati keindahan matahari terbenam dan menerokai bandar mencari kafe tempatan.

tin

+ Tin

Pegawai Sumber Manusia & Pentadbir

Dikenali oleh pasukan sebagai "Ibu", Tin menjaga tiga orang anak lelaki sepenuh masa, dan menyelia Sumber Manusia serta operasi Pentadbiran di Manila. Di luar tempat kerja, beliau mengejar minat yang baru ditemuinya iaitu kembara bersendirian, dan sukan kegemarannya iaitu bola tampar! Anda boleh tahu beliau berada berdekatan apabila mendengar gelak tawa lucunya yang berjangkit-jangkit.

aj

+ AJ

Ketua Kurator

AJ mengetuai pembangunan latihan dan proses bagi pasukan Pasar dan Kepuasan Pelanggan. Apabila beliau tidak menjalankan tugas sebagai pakar dalam perkhidmatan pelanggan, latihan dan pengurusan, beliau menyistiharkan diri sebagai pakar dalam komedi romantik di Canva Manila. Pengetahuannya yang mendalam tentang filem Hollywood, Filipina dan Korea yang bertemakan wanita hanya membuktikan betapa ia merupakan sebahagian daripada keseronokan terlarangnya saban malam di pejabat.

ivan

+ Ivan

Pakar Sokongan

Ivan ialah seorang Pakar Sokongan/kapten kemasukan CHT/orang rujukan berkaitan alatan/Media Sosial dan hampir seperti bintang rock di Canva. Di kolej, beliau belajar seni halus tetapi beralih kepada muzik kemudiannya. Beliau ialah seorang pemain dram dan pernah mengajar alatan muzik. Beliau baru-baru ini menemui cinta baharunya dalam bentuk burung biru dipanggil twitter. Pada masa akan datang, beliau merancang untuk menyusun semua tweet kegemarannya yang menarik dan menulis buku bertajuk- Canva Chronicles: Tales from the Tweet.

anne

+ Anne

Pakar Sokongan

Sebelum menyertai Canva, Anne telah menghabiskan masa beberapa tahun lepas menjadi pembantu Sumber Manusia dan Pemasaran. Gadis bersusuk bulat yang mampu mengendalikan pelbagai tugas dan menyelesai masalah ini ialah ahli pasukan Kepuasan Pelanggan yang bermatlamat memberikan kepuasan mengagumkan kepada pelanggan. Beliau gemar meluangkan masa lapang menonton wayang, meluangkan masa bersama-sama rakan dan keluarga atau merancang perjalanan pengembaraan seterusnya.

eris

+ Eris

Pakar Sokongan

Eris ialah ahli pasukan Kepuasan Pelanggan dan menumpukan terutamanya membuat pengguna Canva yang mengagumkan menjadi orang paling gembira hidupnya, sama ada dengan menyediakan sokongan pelanggan yang cemerlang atau menyumbang idea beliau tentang cara menambah baik Canva. Biasanya beliau menghabiskan masa lapang di kedai kopi atau teh berhampiran sambil memerhati orang lalu lalang.

gayle

+ Gayle

Pakar Sokongan

Gayle ialah seorang ahli Pasukan Kepuasan Pelanggan. Beliau seorang graduan Pengurusan Maklumat dan pengetahuan teknikal beliau merupakan sumbangan yang besar kepada pasukan. Di luar waktu kerja, beliau gemar menghabiskan masa bersama anjing peliharaannya.

Sep 2014
anna

+ Anna

Penyunting Kandungan

Perkara yang paling digemari oleh Anna tentang menjadi Penyunting Kandungan Canva ialah dapat memudahkan pembelajaran melalui penceritaan. Selepas menamatkan pengajian di sebuah universiti di Perth dengan ijazah dalam jurusan Kewartawanan dan Penerbitan, beliau mengorak langkah dengan segera ke bandar besar (Sydney) dan menimba pengalaman sebagai wartawan radio dan penulis majalah sebelum menyertai Canva. Anna begitu bersemangat tentang masa depan penerbitan dalam talian walaupun beliau mengalami desakan perasaan untuk mencari terbitan baharu (lama) dalam bentuk buku berkulit keras..

hannah

+ Hannah

Hannah ialah ahli pasukan Canva selama 18 bulan dengan pelbagai jawatan dalam bahagian peluang perniagaan, termasuklah ketua perkongsian. Sebelum menyertai Canva, beliau mengurus syarikat rakaman klasik kontemporari hingga beliau berasa bosan dan berpindah kerja ke Pandora Internet Radio di Silicon Valley, dan kemudian ke Dropbox, tempat beliau membangunkan operasi Dropbox Eropah dari pejabat mereka di Dublin, Ireland.

kim

+ Kim

Pereka Bentuk

Kim membuat reka bentuk dan ilustrasi untuk Canva. Pada 2013, beliau lulus magna cum laude dan valedictorian dengan kepujian daripada De La Salle - College of Saint Benilde, tempat beliau mendapat biasiswa akademik sepenuhnya. Hasil kerja beliau telah dipamerkan dalam penerbitan dan pameran di Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Pada waktu lapang, beliau suka mencari muzik yang sedap didengar dan mengambil foto sambil bersiar-siar.

Okt 2014

Melancarkan App iPad untuk Membawa Reka Bentuk yang Amat Mudah ke Hujung Jari Anda

App iPad Canva dilancarkan dan memudahkan penciptaan grafik yang menawan di mana-mana sahaja.

Lagi

Canva untuk iPad

Tatal lewa reka letak dan tambah halaman baharu di bawah.

Canva Mencapai 1 Juta Pengguna

Terima kasih atas sokongan yang luar biasa daripada komuniti Canva. Kami mencapai sejuta pengguna yang telah mencipta persembahan, siaran media sosial, jemputan dan pelbagai lagi.

1,000,000
Pengguna
1 juta pengguna
Nov 2014

Melancarkan Design School untuk Orang Belajar Kemahiran Reka Bentuk

Canva telah memperkenalkan Canva Design School, satu wadah, siri bengkel dan pusat sumber guru baharu yang direka bentuk untuk meningkatkan kecelikan visual warga dunia.

Design School
Design School
Design School
Design School

Melancarkan Pasar Reka Bentuk untuk Pakar Reka Bentuk

Canva telah melancarkan pasar yang membolehkan pakar reka bentuk grafik menyumbang reka letak dan memperoleh royalti setiap kali reka bentuk mereka dibeli.

Reka Letak
Unsur
Semak Semula
Dis 2014
jay

+ Jay

Pereka Bentuk

Jay gemarkan reka bentuk grafik, kentang goreng dan panda. Sebelum menyertai Canva, beliau bekerja untuk agensi reka bentuk runcit, tempat beliau membangunkan kempen untuk pelbagai jenama antarabangsa seperti Syarikat Columbia Sportswear, Supra Footwear dan The North Face. Beliau tinggal di Manila bersama-sama teman hidupnya dan 3 ekor kucing mereka.

andre

+ Andrianes

Pemasar Pertumbuhan

Andrianes Pinantoan (Andre) ialah pemasar pertumbuhan Canva. Baru-baru ini, beliau menyertai pasukan pertumbuhan awal di Open Colleges and Pocketbook. Apabila tidak bekerja, anda boleh temui beliau mengejar anak lelakinya yang berusia dua tahun di dalam hutan.

Jan 2015
alexey

+ Alexey

Pembantu Akauntan

Sebelum menyertai Canva, Alexey bekerja dengan sebilangan syarikat baru bertapak dan juga melaksanakan perakaunan awam yang mengkhususkan dalam perakaunan syarikat baru bertapak dan perniagaan kecil. Di Canva, beliau gemar menambahkan kecekapan pelbagai perkara dan menggunakan teknologi untuk menambah baik cara kerja dilakukan. Pada waktu lapangnya, Alexey gemar mengembara berjalan kaki. Beliau beruntung kerana kawasan Sydney menyediakan pelbagai pilihan denai untuk berjalan.

Feb 2015
elli

+ Elli

Kurator Pasar

Elli ialah ahli pasukan Pasar dan sedang dalam misi berterusan untuk menjadikan pustaka Canva lebih menakjubkan. Sebelum bekerja untuk Canva, beliau bekerja secara bebas sebagai jurugambar dan juruvideo, mengambil gambar dan video untuk konsert dan pelbagai acara lain. Beliau suka menghasilkan karya muzik, bermain permainan video dan memeluk kucing kecilnya, Diddle.

Mac 2015
paul

+ Paul

Pereka Bentuk

Paul menyertai Canva dan bekerja sebagai pereka bentuk grafik. Beliau tinggal di Manila, tempat beliau belajar seni halus, jurusan seni pengiklanan. Sebagai ahli pasukan reka bentuk, Paul seronok mencipta reka letak dan ilustrasi luar biasa untuk digunakan oleh seluruh dunia. Beliau sentiasa berminat terhadap seni dan reka bentuk, tetapi selain itu beliau gemar bermain papan selaju panjang dan menghasilkan karya muzik nostalgia dengan gitar akustiknya. Apabila tidak bekerja, anda boleh temui beliau di dalam hutan, meneroka budaya baharu dan mencapai puncak.

keziah

+ Keziah

Pakar Sokongan

Kezia ialah ahli pasukan Kepuasan Pelanggan yang memberi beliau kegembiraan kerana dapat membantu pengguna Canva siang dan malam. Sebelum menyertai Canva, beliau pernah mengajar Seni Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan di sekolah Cina. Pada waktu lapang, beliau boleh dilihat menjelajah ke sana ke mari bersama rakan baiknya atau asyik membaca novel klasik yang menarik.

kat

+ Kat

Pakar Sokongan

Sebagai ahli Pasukan Kepuasan Pelanggan, Kat berbangga berada dalam kalangan barisan hadapan untuk Canva, bukan sahaja dalam menyelesaikan masalah pelanggan, tetapi juga dalam meningkatkan perkhidmatan itu sendiri. Beliau ialah lulusan Kewartawanan dan sedang mengambil Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat. Kat gemar mengembara dan meneroka, dan sentiasa bersedia mencuba perkara baharu. Pada waktu lapang, beliau meneruskan minatnya dalam penulisan fiksyen, melukis, mengecat dan pelbagai lagi bidang kesenian.

Apr 2015
seb

+ Sebastian

Jurutera iOS

Sebagai ahli pasukan iOS, Sebastian membantu melancarkan Canva pada peranti mudah alih. Beliau amat bersemangat dalam mencari penyelesaian ringkas kepada masalah rumit. Sebelum menyertai Canva, beliau membina apl pendidikan yang memenangi anugerah untuk kanak-kanak. Minat Sebastian terhadap penjelajahan membawa beliau ke Sydney pada 4 tahun lepas dan minatnya terhadap makanan membuatkan beliau terus menetap di sini sejak itu.

stel

+ Stel

Pereka Bentuk

Stel ialah ahli Pasukan Kandungan dan mencipta reka bentuk yang menawan untuk Design School dan media sosial. Beliau dianggap *kenyitan* baristel tetap di pejabat Manila dan suka bermain permainan video, memakan ramen dan menonton lewah rancangan TV. Semasa waktu lapangnya, anda dapat melihat beliau menyusuri jalan di Manila sambil memikirkan jenaka pintar untuk Wittypedia pejabat.

michael

+ Michael

Jurutera iOS

Micheal ialah Jurutera iOS di Canva dengan minat mendalam dalam amalan pembangunan yang didorong ujian, membina automasi dan proses penyepaduan berterusan. Sebelum menyertai Canva, beliau bekerja sebagai Jurutera SDK untuk wadah kedudukan tertutup mudah alih menggunakan Bluetooth Low Energy.

mahesh

+ Mahesh

Operasi Individu

Mahesh mengetuai Operasi Individu di Canva. Dilengkapi dengan MBA, pengalaman perunding strategi dan berbilang tahun dalam industri perekrutan; Mahesh menjual syarikat teknologi baru bertapak miliknya untuk menyertai Canva. Matlamat beliau adalah untuk melihat Canva menjadi tempat kerja yang terbaik dalam dunia. Sentiasa gemar bersembang tentang reka bentuk, teknologi, ekonomi dan Batman - beliau sentiasa berkelapangan untuk bersembang bila-bila sahaja anda perlukan.

Mei 2015
damon

+ Damon

Jurutera Bahagian Depan

Damon ialah jurutera perisian yang bersemangat untuk mengendalikan teknologi canggih dalam pelayar. Sebelum menyertai Canva, Damon bekerja di NICTA dalam bahagian komunikasi masa nyata (termasuk video, audio dan data) dalam pelayar yang merupakan teknologi amat menarik. Setelah digesa oleh isteri dan anak perempuannya (juga oleh pengasas Canva), akhirnya beliau bersetuju untuk menyertai pasukan Canva yang mengagumkan dan menggunakan bakat beliau untuk membantu melanjutkan lagi misi mendemokrasikan reka bentuk. Damon berpengalaman luas dalam pelbagai perisian yang berbeza, daripada bekerja dengan syarikat besar hingga kepada syarikat perunding perisian miliknya serta sebuah syarikat bioteknologi baru bertapak di UK.

kath

+ Kathleen

Pereka Bentuk Web

Kath ialah ahli pasukan Reka Bentuk Digital, tempat beliau membantu dalam mencipta reka bentuk web yang indah untuk Canva. Pada mulanya beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pemaju pelbagai bidang dengan serius sehinggalah beliau menyertai dunia reka bentuk yang menarik, khususnya dalam pengalaman pengguna. Jika di luar pejabat Canva, Kath suka melancong dan mengambil foto – yang merupakan terapi baginya.

mick

+ Mick

Pereka Bentuk UI

Mick ialah pereka bentuk UI di Canva. Beliau menyertai kami selepas berkhidmat di London dengan bekerja di syarikat seperti BBC dan ITV berkaitan produk digital mereka. Seperti penduduk Australia Chris Pratt, Mick kini seorang ahli pasukan yang aktif. Beliau gemar menambahkan gaya reka bentuk beliau pada beberapa produk menarik kami yang akan datang. Pada waktu lapang, Mick peminat tegar bola sepak dan gemar mengembara.

jem

+ Jem

Pakar Sokongan

Jem mempunyai latar belakang dalam Komunikasi dan Kesenian. Beliau pernah bekerja sebagai pegawai sokongan pelanggan dan pakar data sebelum menyertai Canva. Beliau gemar membaca buku, menonton siri televisyen dan melancong bersama rakan-rakan.

lud

+ Lud

Pakar Sokongan

Lud merupakan pembantu penerbitan selama lebih setahun dalam beberapa rancangan TV tempatan seperti Pilipinas (Filipina) Got Talent Musim 3 dan X Factor Philippines. Beliau juga pernah bekerja dengan PressReader (wadah dan aplikasi mudah alih akhbar dalam talian) selama 2 tahun sebagai pengendali kandungan web, dan setahun sebagai Pegawai Jaminan Kualiti. Kini, beliau seronok dapat memuaskan hati pelanggan Canva dengan menyediakan sokongan, bersama ahli Pasukan Kepuasan Pelanggan yang lain. Pada waktu lapang, beliau bermain permainan video RPG dengan Playstation miliknya.

Jun 2015
kris

+ Kris

Penyelaras Kejuruteraan

Kris ialah penyelaras kejuruteraan kami dan mengetuai Hubungan Pembangun. Beliau seorang Australia-Amerika dan sedang membina tapak web dalam satu bentuk atau yang lain untuk seluruh kerjayanya. Beliau berbangga menjadi antara penulis blog zaman dahulu yang masih bertahan, dan beliau sering memberi taklimat dalam acara dan persidangan teknologi di sekitar Australia. Jika beliau tidak menghadap komputer, beliau mungkin sedang mengait atau menjahit.

andy

+ Andy

Pembantu Pengarang

Andy kerap menyumbang pengalamannya dalam bidang pengiklanan dan penerbitan — serta latar belakang beliau dalam reka bentuk dan ilustrasi tradisional — kepada pasukan penyunting Canva. Selain seni komunikasi, beliau gemarkan cerita perjalanan masa, komik dan mengeksploitasi latar seni beliau untuk menunjukkan sifat aneh beliau.

des

+ Desiree

Pereka Bentuk

Desiree ialah ahli Pasukan Aset Digital di Canva. Beliau mengambil kursus psikologi dan penulisan kreatif di Ateneo de Manila University. Semasa di universiti, beliau terjatuh cinta dengan reka bentuk dan menjadi pereka grafik belajar sendiri. Sebelum menyertai Canva, beliau bekerja di sebuah syarikat berita dalam talian yang baru bertapak dan sebagai jurukreatif bebas. Beliau gemar membaca di kafe, melawat musium dan menjelajah bandar-bandar baharu apabila beliau tidak melayari internet.

sam

+ Sam

Jurutera Bahagian Belakang

Sam ialah seorang jurutera bahagian belakang di Canva. Beliau menyertai kami selepas bekerja di syarikat baru bertapak automasi rumah iaitu Ninja Blocks dan bekerja di syarikatnya sendiri yang baru bertapak dalam ruang tenaga boleh dibaharui. Sam berminat tentang menggunakan pembelajaran mesin untuk memudahkan lagi penggunaan Canva. Di luar pejabat, Sam merupakan pengemar ski, pendaki bukit berbatu dan pemuzik.

Ogos 2015

Canva for Work dilancarkan kepada 4 juta pengguna, mencipta semula cara syarikat membuat reka bentuk

Canva telah memperkenalkan wadah Canva for Work yang dinanti-nantikan, yang membolehkan individu dan organisasi mencipta reka bentuk grafik yang konsisten, berkesan dan tidak mahal.

Canva for work
Syarikat Saya Templat Kit Jenama Ahli Pasukan Pengebilan
Canva for work
Canva for work
Canva for work
Warna
Biru
Fon
Canva for work
Logo
Canva for work
toby

+ Toby

Jurutera Bahagian Depan

Toby ialah seorang jurutera bahagian depan di Canva. Beliau kembali ke Australia selepas 5 tahun menetap di Singapura, tempat beliau bekerja di sebuah syarikat tempatan yang baru bertapak dan mengembara ke seluruh Asia Tenggara. Jika tidak bekerja dan melancong, beliau gemar bermain semua jenis permainan.

tom

+ Tom

Pemasaran Pertumbuhan & Penyunting Blog

Tom ialah bekas peguam (dari Brisbane) yang berjaya melepaskan diri daripada jawatan dalam sektor kerajaan yang menguasai seluruh kehidupannya lalu menyertai perjuangan Canva untuk mendemokrasikan reka bentuk. Pada waktu terluangnya, beliau membaca dan menulis serta mengambil penerbangan Tiger sekali seminggu pulang ke Brisbane untuk berehat bersama teman wanitanya dan di kediaman berseni bina Queensland miliknya yang baru diubah suai.

Sep 2015
rachelle

+ Rachelle

Pegawai Perakaunan & Pentadbiran

Rachelle mengendalikan aspek perakaunan dan kewangan di Canva Manila. Sebelum menyertai pasukan ini, Rachelle merupakan seorang juruaudit kanan yang mengurus hal perkhidmatan perakaunan, perundingan dan cukai bagi pelanggan yang terdiri daripada syarikat korporat, individu (pemilik tunggal & PKS) dan organisasi bukan untung. Rachelle memperoleh ijazah dalam BS Perakaunan di University of Northern Philippines dan lulus Peperiksaan Lembaga Pengarah CPA pada Oktober 2014.

yani

+ Yani

Sekutu Perekrutan

Yani ialah warga kerja pengambilan kami yang bertugas mencari bakat yang luar biasa untuk pekerjaan yang menakjubkan di Canva. Sebelum menyertai pasukan kami, beliau bekerja di sebuah firma yang mencari eksekutif di Manila dan mengurus bersama kedai aksesori bohemian dalam talian dengan dua orang rakan karibnya. Di luar masa kerja, beliau suka mengambil foto, melukis, menonton lewah rancangan penyiasatan jenayah dan menewaskan rakannya dalam permainan papan.

priscilla

+ Priscilla

Pakar Pasar

Priscilla menyertai Canva pada September 2015 yang lalu. Beliau mengendalikan Pengulas Imej Canva dan membantu menambah baik Pustaka Imej Canva. Beliau gemar melawat pameran seni, bergaul dengan seniman jalanan, menonton persembahan kumpulan muzik dan mengurus bersama pakaian jalanan abangnya dan syarikat pascapenerbitan teman hidupnya.

tricia

+ Tricia

Pakar Sokongan

Jika Tricia tidak sibuk membantu dalam memastikan pelanggan Canva berpuas hati, beliau mengurus kumpulan dua pemuzik elektronik indie “Turbo Goth” pada masa lapangnya. Sebelum menyertai Canva, beliau bekerja sebagai pengurus media sosial untuk syarikat pengedaran piring hitam serta berperanan sebagai penganjur muzik & acara.

rab

+ Rab

Pakar Sokongan

Rab telah menceburkan diri dalam industri BPO/Pusat panggilan untuk 7 tahun sebelum menyertai Canva dengan pelbagai pengalaman daripada menjadi ahli pasukan latihan kepada operasi pengurusan. Rab sukakan kucing dan anjing. Anda boleh mencari Rab menghilang dengan barangan hiburan seperti bermain permainan dalam talian, permainan kad koleksi dan 'menyihir' ketika masa lapangnya.

auguste

+ Auguste

Chef

Sebaik sahaja Auguste mengetahui tentang Canva, beliau membina rancangan kerja keras dua tahun untuk cuba menyertai pasukan Canva. Tetapi hanya seminggu kemudian, Canva meminta beliau datang menjalani temu duga berdasarkan latar belakangnya yang luas sebagai seorang graduan sains, pemasar digital, pelayan bar dan barista. Kini beliau ialah ahli pasukan Vibe kami, berkhidmat menyediakan makanan yang lazat dan memastikan pejabat berjalan dengan bahagia dan cekap seboleh mungkin. Pada masa lapang, beliau suka mengembara berjalan kaki dan membuat kuih.

Okt 2015
ana

+ Ana

Ketua Pasukan Kepuasan Pelanggan

Ana bekerja dalam industri BPO selama 10 tahun dan berperanan setaraf dengan Ketua Pasukan bagi 5. Persekitarannya berstruktur dan sangat berdaya saing tetapi akhirnya, "anda hanyalah sebagus pencapaian pasukan anda pada minggu sebelumnya". Beliau tertarik dengan Canva kerana cabarannya adalah berbeza: dapat menyumbang kepada penciptaan proses, bukan sekadar melaksanakan satu sistem yang telah tersedia sebelum anda menyertai syarikat. Pada mulanya keadaan ini mengelirukan, tetapi setiap halangan yang diatasi dapat memberikan kepuasan. Akhirnya, setiap kejayaan kecil yang anda capai turut merupakan kejayaan bagi syarikat.

tezzy

+ Tezzy

Chef

Tezzy ialah ikan duyung — atau sekurang-kurangnya itulah perkara yang beliau beritahu semua orang. Sebelum menyertai Canva Manila sebagai ketua tukang masak, Tezzy ialah seorang perenang universiti dan penerjun platform dan bertukar menjadi perenang profesional. Selama tujuh tahun antara metamorfosis itu, beliau mengambil masa melakukan beberapa pekerjaan di pelbagai restoran di Eropah, meningkat naik dalam perniagaan tersebut. Di pejabat, Tezzy dikenali suka menyiapkan makanan cepat-cepat, yang boleh menghilangkan kesedihan orang lain atau menyempurnakan hari yang baik.

mavic

+ Mavic

Penyimpan Kira-kira

Mavic ialah Penyimpan Kira-kira Canva Manila. Sebelum menyertai pasukan, beliau pernah bekerja sebagai akauntan Jualan di rantaian piza terkenal dan sebagai Wakil Perkhidmatan Pelanggan untuk akaun kewangan AS syarikat penyumberan luar. Pencinta makanan eksotik ini gemar membaca buku, menonton wayang dan dokumentari, serta memasak (harap-harap bukan ular).

callan

+ Callan

Jurutera Bahagian Belakang

Callan berada dalam pasukan kejuruteraan bahagian belakang di Canva. Sebelum menyertai Canva, beliau bekerja dalam pasukan bahagian belakang My Maps di Google. Pada masa lapangnya, Callan banyak menghabiskan masa bermain video dan permainan papan.

marc

+ Marc

Jurutera Bahagian Depan

Marc berasal dari Vancouver dan merupakan orang Kanada yang bernilai kepada Canva. 3 tahun lepas beliau tinggal di London, bekerja di Blinkbox sambil mengambil peluang menjelajahi Eropah. Setelah puas mendiami tempat yang sering hujan, beliau berpindah merentas dunia untuk menyertai Canva di Sydney sebagai jurutera bahagian akhir. Anda boleh melihat beliau menikmati aktiviti luar, bermain luncur air di pantai Bondi sebelum kerja, biasanya terdapat kotoran gris basikal di tangannya.

rowdy

+ Paul

Jurutera Bahagian Depan

Paul atau "Rowdy" ialah jurutera bahagian depan di Canva. Beliau berasal dari Argentina tetapi sebelum berpindah ke Australia, beliau mengikuti latihan amali di India dan bekerja di sebuah syarikat baru bertapak di Singapura. Di luar waktu kerja, beliau gemar mengembara, melakukan sukan lasak dan menikmati "mate" (minuman seduhan yang kaya kafein) sepanjang hari.

harley

+ Harley

Jurutera Bahagian Depan

Harley sangat tertarik dengan pengaturcaraan sistem audio/visual. Sebelum menyertai Canva, beliau bekerja di SBS, membina dokumentari interaktif dan perkhidmatan penstriman video dalam talian. Terpikat untuk mencipta perisian reka bentuk yang canggih di web membawa Harley ke pasukan Canva, di mana beliau menyukai bekerja di bahagian penyunting untuk meningkatkan potensi ekspresif pengguna dan memastikan pengguna baharu mendapatkan kelajuan dengan cepat dan berkesan. Harley juga merupakan peminat penyelam scuba, penunggang basikal dan pemuzik elektronik.

Nov 2015
tiny

+ Tiny

Saintis data

Tiny sentiasa terpesona dengan orang lain dan perkara yang mereka lakukan. Sebagai seorang saintis data kanan Canva, beliau gemar mengasyikkan diri meniliti set data dan mencari jawapan tersembunyi tentang sebab orang melakukan sesuatu perkara. Sebelum menyertai Canva, Tiny mengikuti pembelajaran mendalam (deep learning) dan menjalankan penyelidikan pembelajaran gunaan (Al research). Beliau ialah warga Canva yang menggilai kucing.

aileen

+ Aileen

Pakar Sokongan

Aileen ialah seorang Pakar Sokongan di Canva. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan telah meluangkan enam tahun yang bernilai dengan bekerja di salah sebuah perniagaan pengajian francais berasaskan IT yang terbesar di Filipina. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan daripada Pembantu Pentadbiran kepada Setiausaha Eksekutif di Pejabat Presiden sebelum menyertai industri BPO. Aileen gemar mengembara dan mengunjungi pantai. Apabila beliau tidak bersama rakan, beliau menghabiskan kebanyakan masanya bersama anak saudara dan keluarganya.

cj

+ CJ

Pakar Sokongan

Cassandra, dikenali sebagai CJ, ialah Penyelia Operasi di Breakout Philippines - permainan bilik meloloskan diri yang unggul di negara ini, sebelum menyertai Canva. Di sebalik itu, CJ merupakan penggemar kecantikan, pakar fesyen, seorang yang sukakan cabaran, ratu spontan - beliau tidak seperti orang biasa yang lain. Beliau menikmati masa lapangnya dengan mencoret, membaca buku, menonton drama kegemarannya dan menonton wayang. Beliau sangat menggilai apa-apa sahaja yang berkaitan matcha (sejenis teh hijau).

giordan

+ Giordan

Pakar Sokongan

Giordan seorang yang gila kesihatan dengan beberapa pengkhususan pemakanan iaitu Pengurusan Gaya Hidup & Berat Badan, Pemakanan Kanak-Kanak, Pemakanan Latihan Susuk Badan dan Figura serta pelbagai lagi. Sebelum ini beliau bekerja di GNC dan Crunch Gym. Pada masa lapangnya, beliau membaca kajian terkini tentang kesihatan atau apa-apa sahaja yang berkaitan perniagaan. Giordan ialah penyokong Kelab Bolasepak Everton, dengan pemain Australia, Tim Cahill sebagai pemain bola sepak kegemarannya sepanjang masa!

rose

+ Rose

Komunikasi

Rose mengikuti kisah Canva sebagai wartawan sejak pelancarannya, bagi laman berita bidang baru bertapak dan akhbar-akhbar utama, sebelum menerjunkan diri menyertai cabaran di Canva. Kini, beliau menyelia strategi komunikasi, penglibatan media dan komunikasi dalaman kami. Apabila beliau tidak berada di Canva, beliau mungkin sedang membaca atau hanyut teruja tentang kilat dan petir.

scott2

+ Scott

Perekrutan

Scott menghabiskan masa yang lama cuba untuk tidak membesar dan mendapat pekerjaan yang sebenar, dan sebaliknya beliau menerokai dunia selama lima tahun. Beliau melawat 69 negara sebelum mula menyertai syarikat yang baru bertapak, dengan mudah bermakna beliau tidak perlu memakai sut dan tali leher ke tempat kerja.

Jika anda tidak mendapati Scott cuba untuk berhubung dengan anda tentang menyertai pasukan yang menakjubkan di Canva, usah ragu-ragu untuk menyapanya - beliau sentiasa minat berbual.

georgia

+ Georgia

Penempatan & Pemasaran

Selama beberapa tahun, Georgia teringin sangat melihat fotonya berada dalam bulatan di hujung halaman ini. Akhirnya impian beliau tercapai dan beliau menggunakan biografi 60 perkataan untuk bermegah tentangnya. Sebagai peminat Canva, Georgia sangat teruja dapat membantu melancarkan Canva ke seluruh dunia.

belen

+ Belén

Pemasar Digital

Belén ialah pemasar digital yang khusus dalam penyempatan dan SEO antarabangsa. Sasarannya ialah menyediakan Canva dalam pelbagai bahasa dan berkaitan dengan budaya pengguna (serta enjin carian!) dari pelbagai negara. Sebelum menyertai Canva, Belén bekerja untuk syarikat dalam talian yang terkemuka seperti eBay dan Orbitz, dan mendapati persekitaran berentak pantas Canva sangat menyegarkan. Berasal dari Sepanyol, Belén kini menetap di Sydney, tempat beliau menikmati gaya hidup luar rumah Australia: selam skuba, menyusuri belukar atau membina istana pasir bersama-sama keluarganya.

elaine

+ Elaine

Pembantu Akaun

Elaine ialah seorang pembantu akaun dalam pasukan kewangan Canva dan bertanggungjawab atas buku simpan kira-kira harian. Selepas berpindah tiga tahun lalu dari China, di mana beliau tinggal berhampiran Thousand Island Lake, beliau lulus daripada University of Sydney dengan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Kewangan dan Perakaunan). Pada masa lapang, beliau sangat mengemari makanan dan Instagrams di @xyeeelaine.

Dis 2015
mae

+ Mae

Sekutu Perekrutan

Mae ialah perekrut dalam pasukan Operasi Warga Kerja. Sebelum menyertai Canva, beliau bekerja untuk keperluan pengendalian carian eksekutif dalam industri Teknologi Maklumat. Apabila beliau tidak melihat resume dan menemu duga calon, beliau tidak sabar-sabar merancang percutian seterusnya dengan rakannya dan memburu hobi baharu untuk dipelajari.

jaykee

+ Jaykee

Ketua Pasukan Reka Bentuk

Jaykee merupakan Pengarah Seni Pasukan untuk penerbit majalah terkemuka di Filipina sebelum menyertai Canva. Sebagai Pasukan Reka Bentuk Utama, dia bertindak sebagai mentor kepada pereka bentuk dan memastikan tenaga kreatif mereka sekurang-kurangnya di atas stratosfera bumi. Beliau gemar mencoret, meneroka tempat makanan baharu, dan memandu kereta menakjubkan.

steph

+ Steph

Pereka Bentuk

Steph ialah ahli pasukan Kandungan Digital di Canva. Sebelum menyertai Canva, beliau bekerja sebagai seorang pereka bentuk grafik di salah sebuah syarikat runcit yang terbesar di Filipina. Steph mempunyai banyak pengetahuan dalam ilustrasi dan huruf. Hasil kerja beliau telah menghiasi halaman penerbitan seperti Rogue, Esquire, Garage, Chalk dan The Philippine Star. Apabila tidak menghadap komputer riba, beliau suka menerokai bandar dan keluar mengembara bersama teman hidupnya.

Jan 2016
stephan

+ Stephan

Jurutera Bahagian Belakang

Stephan ialah pembantu penyelidikan di University of Cologne di Jerman. Selepas menghabiskan PhD dalam Linguistik Pengkomputeran, beliau memutuskan telah puas berada di negara yang sejuk lalu berpindah ke Australia, berbasikal dari Melbourne ke Sydney dan akhirnya bermula sebagai jurutera bahagian akhir di Canva. Beliau kini menggelar Canva sebagai “traumjob" (kerja impian) kerana produknya, budaya syarikat dan cabaran kejuruteraan yang beliau dapat bergelut dengannya.

robbie

+ Robbie

Saintis Data & Jurutera Bahagian Akhir

Selepas hampir sedekad belajar matematik di universiti, Robbie melakukan pelbagai kerja sebelum menyertai Canva, termasuk tugas jurutera perisian, pemodel trafik dan perunding IT. Robbie ialah cyborg pertama Canva, memakai gajet yang membuat kerja yang sepatutnya dibuat dengan lebih baik oleh pankreasnya.

max

+ Max

Jurutera Bahagian Belakang

Max bekerja sebagai pembangun aplikasi web dan perunding IT di pelbagai syarikat perunding teknologi di Australia dan negara asalnya Jerman sebelum menyertai pasukan di Canva. Saya sukakan idea penciptaan sesuatu yang seluruh dunia ingin gunakan. Ia membantu semua orang mencipta imej yang cantik dan biarkan saya mencipta perisian untuk memungkinkan hal itu.

danny

+ Danny

Jurutera Bahagian Depan

Danny mengetahui bahawa Canva ialah tempat untuk dituju selepas menemui produk dan pasukan yang mengagumkan ini. Beliau menyertai sebagai jurutera termuda Canva, bekerja untuk membuatkan Canva lebih baik dan lebih lancar. Apabila tidak membuat (atau memecahkan) sesuatu, Danny mudah terpesona dengan permainan papan dan video, persembahan dan jus tebu.

justin

+ Justin

Penganalisis Produk

Justin menganggap dirinya sebagai separuh pakar psikologi kerusi malas dan separuh berjiwa pengguna dan sebab itulah kami memberinya tanggungjawab mendengar luahan hati pengguna kami untuk memastikan suara mereka didengari di Canva. Seorang bekas jurubank persendirian dan penasihat pengurusan J.P Morgan, Justin tidak perlu diyakinkan dengan bersungguh-sungguh untuk menyertai syarikat baru bertapak ini dan mendesak untuk diberi pilihan berkaitan kasut dalam kod berpakaian.

ben

+ Ben

Pereka Bentuk Web

Ben ialah pereka bentuk web dengan latar belakang dalam reka bentuk grafik dan pengiklanan. Minat beliau dalam seni serta komputer membawa beliau kepada laluan yang diceburinya hari ini. Ben menyukai perbualan yang bagus tentang apa-apa sahaja, terutamanya wayang (pengkritik wayang yang diisytiharkan sendiri). Ben gemar bermain permainan video dan mengemas kini pengetahuannya tentang perkara berkaitan teknologi.

Feb 2016
maisie

+ Maisie

Pakar Kandungan

Maisie ialah Pakar Kandungan tetap kumpulan pada siang hari dan penonton tv, pencoret dan pengelamun pada malam hari. Pada waktu lapang, beliau gemar membuat kek cawan bertema dan biskut untuk menyambut percutian kabur, geeky dan makanan.

cyril

+ Cyril

Pemandu

Cyril adalah pemandu pejabat Manila. Beliau bekerja rapat dengan kumpulan Akaun dan Pentadbiran dalam melakukan tugasan utusan, di samping menyediakan sokongan operasi berterusan setiap hari. Sebelum Canva, beliau mempunyai 8 tahun pengalaman dalam penjagaan rumah dan juga mempunyai perniagaan mereka bentuk pakaian seragam sukan dan menjahitnya.

Mac 2016
argel

+ Argel

Pembantu Dapur

Argel ialah Pembantu Dapur dan "Tuan Bilik Stok" di Canva Manila. Beliau membantu dalam semua keperluan dapur dan merupakan orang kanan Tezzy. Sebelum menyertai Canva, beliau ialah seorang pereka bentuk grafik untuk syarikat reka bentuk yang kecil bernama StickerBoy, yang mencipta pelekat tersuai untuk pelanggan. Beliau berkahwin dengan isteri beliau yang cantik dan bergelar bapa kepada anak yang comel.

lily

+ Lily

Jurutera

Lily suka bekerja di bahagian depan dan bahagian belakang Canva. Sebelum menyertai kami, beliau meluangkan masa mengembara di seluruh dunia semasa bekerja di Google. Kebelakangan ini, beliau menghabiskan masa terluangnya makan makanan yang baik, melakukan yoga dan berjalan menikmati alam semula jadi.

Apr 2016
rian

+ Rian

Pereka Bentuk

Rian adalah sebahagian daripada kumpulan Reka Bentuk dan Pilih Susun. Sebelum menyertai Canva, beliau ialah seorang pereka bentuk grafik untuk jenama kediaman tempatan dan gaya hidup, kumpulan fotografi dan penggayaan perkahwinan, dan pengilustrasi untuk majalah kediaman tempatan. Beliau pernah menjadi sebahagian daripada kumpulan pereka bentuk luar tapak Canva, tetapi kini telah menyertai syarikat secara sepenuh masa. Pada waktu lapang, beliau suka menonton wayang, membeli-belah, tidur, membaca dan menerokai dunia.

marty

+ Marty

Pereka Bentuk Produk

Selepas bertungkus-lumus dalam bidang agensi untuk jangka masa terlalu lama, Marty mengalami detik "di mana anda berada selama saya hidup?!?" dan merebut peluang menyertai pasukan reka bentuk produk! Beliau seorang yang sombong kopi pragmatik, mahu bermain bola sepak (baiklah... bola sepak) selagi tubuh badannya mengizinkan beliau bermain dan sepatutnya menjadi gitaris yang jauh lebih baik daripada sekarang selepas bermain selama 20tahun.

shipra

+ Shipra

Penyelaras Produk

Shipra Mahindra ialah penyelaras produk dan pemasar pertumbuhan untuk produk iOS Canva. Beliau gemar menyelesaikan masalah dan menggesa orang menyiapkan kerja mereka. Pada masa terluang, dia terus menggesa keluarganya untuk menjalani kehidupan mereka dengan teratur. Beliau juga suka makan makanan enak, minum kopi, bersiar-siar dan menonton rancangan remeh di TV.

Jun 2016
damien

+ Damien

Pengawal Kewangan

Bukan seorang akauntan biasa, pengalaman unik Damien antaranya ialah memimpin audit untuk entiti kepentingan awam sehingga mengetuai pasukan kewangan syarikat berteknologi HR yang disenaraikan ASX. Dilahirkan semasa musim sejuk teruk Leicester ’85, Damien merupakan peminat tegar bola sepak dan menghabiskan kebanyakkan masa lapangnya melayani anak perempuan bongsunya.

mitchell

+ Mitchell

Jurutera Bahagian Depan

Mitchell mempelajari Matematik dan Sains Komputer di University of Newcastle, Australia. Semasa ijazah, beliau mencipta robot yang bermain bola sepak, dan mencipta pengesanan kereta menggunakan penglihatan komputer. Mitchell menyertai Canva sebagai jurutera barisan hadapan setelah menamatkan pengajiannya. Pada masa lapang, Mitchell gemar mempelajari bahasa pengaturcaraan baharu, menanam kaktus, membuat grafik komputer dan projek penglihatan komputer serta bermain piano.

gretchen

+ Gretchen

Pakar Pemasaran

Sebagai Pakar Pemasaran Canva, Gretchen mendapati dirinya dalam kedudukan yang unik kerana bekerja mengendalikan perkataan dan juga nombor. Misi beliau adalah untuk mendorong lebih ramai pengguna Canva supaya aktif dan menyukai reka bentuk. Sebelum Canva - atau SC, gelaran yang diberinya - beliau mengasah kemahiran Pemasaran dan Komunikasi di sebuah agensi PR, syarikat runcit dan syarikat jualan langsung. Pada hari tidak bekerja, beliau akan asyik membaca novel, menonton filem atau rancangan TV terkini secara berterusan yang menarik perhatian beliau. Beliau tinggal di Manila bersama kucing besarnya iaitu Macho.

geryl

+ Geryl

Sekutu Pengendalian Manusia

Geryl ialah ahli Pasukan Pengendalian Manusia di Canva Manila dan peranan beliau meliputi semua aspek sumber manusia yang bertujuan menjadikan Canva tempat kerja yang lebih hebat lagi. Beliau kini belajar di fakulti pengijazahan di Universiti Filipina dalam bidang Perhubungan Industri dan Buruh. Geryl telah melalui pelbagai ragam kehidupan dan mengembara ke beberapa negara, semuanya kerana permainan video. Jika beliau banyak kerenah, anda boleh mengumpannya dengan sebakul gula-gula dan pastri. Beliau pasti akan terapung-apung seperti watak kartun terapung menuju ke arah pai di ambang jendela.

Julai 2016
elijah

+ Elijah

Jurutera iOS

Elijah suka terlibat dengan permulaan dan membina app mudah alih direka dengan baik yang meletakkannya tepat di rumah di Canva. Di luar pejabat anda akan mendapati beliau meluncur salji, mengembara dengan beg galas dan bermain tenis - serta cuba untuk mencampur Whiskey Sour yang sempurna.

vlad

+ Vlad

Jurutera Bahagian Akhir

Vlad berpindah ke Australia dari Ukraine untuk menyertai Canva. Latar belakangnya termasuklah pengaturcaraan kompetitif dan pembangunan permainan. Vlad menganggap kod sumber sebagai bentuk puisi dan beliau sangat bersemangat untuk menyempurnakan bahasa menggunakan bahagian belakang kami untuk menyatakan idea dalamannya.

nap

+ Nap

Pakar Jaminan Mutu

Nap menyertai bahagian Jaminan Mutu Perisian untuk mengisi peranan baharu di Canva. Perhatian mendalam beliau terhadap perincian berjaya membantu pengguna yang semakin ramai dalam memanfaatkan sepenuhnya pengalaman Canva mereka. Di luar waktu kerja, beliau meminati muzik R&B dan irama yang mengusik jiwa, menonton filem yang hangat dalam dunia hiburan dan menonton lewah siri TV yang terbaik.

josh2

+ Josh

Pemasar Pertumbuhan

Josh ialah penjaga segala-gala yang berkembang untuk Canva demi Kerja (C4W). Jika anda menjalankan perniagaan dan anda mendapat e-mel daripada kami, berkemungkinan besar Josh mempunyai kaitan dengan e-mel tersebut. Dia suka bercakap AARRR & ICE (nota: bukan Pirate-ese, itu Percakapan Nerda Data), kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) tentang mencari ketepatan di antara kekacauan dan sangat teruja terhadap bola keranjang. Sebelum berperanan memajukan Pasukan C4W, Josh telah menerajui pertumbuhan untuk beberapa perusahaan teknologi bertumbuh pesat dari Australia hingga ke UK.

paprika

+ Paprika

Pereka Bentuk Produk

Dilahirkan & dibesarkan di sebuah bandar yang mempunyai banyak tasik di China, beliau kemudian berpindah ke selatan ke sebuah metropolis yang mana pangsapuri sesuai untuk pembiakan nyamuk, cuba melangkah keluar dari zon selesanya. 5 Beberapa tahun kemudian, beliau berpindah lebih jauh ke selatan, cuba untuk menjadi pereka produk yang lebih baik supaya beliau boleh membantu mendemokrasikan reka bentuk untuk orang di seluruh dunia.

Ogos 2016
xingyi

+ Xingyi

Pemasar Pertumbuhan

Xingyi dibesarkan di Malaysia dan tersekat di 'Pertumbuhan' selepas satu siri percubaan di dunia permulaan. Apabila tidak berkerja, beliau suka dengan keseronokan berlari dan kesedaran yoga. Beliau juga diilhamkan oleh usahawan yang melaksanakan dengan jelas.

diana

+ Diana

Perolehan Bakat

Diana bekerja dengan Perolehan Bakat dalam pasukan Operasi Individu. Beliau berpindah dari Sweden untuk menyertai Canva. Semangat Diana adalah untuk menubuhkan pasukan dan beliau pernah bekerja di Spotify sebelum menyertai Canva, beliau membantu menubuhkan syarikat itu daripada 500 menjadi lebih daripada 2000 pekerja dalam masa kurang daripada 4 tahun. Pada masa lapang, beliau gemar memakan makanan yang banyak, melayari internet dan bermain bola keranjang.

paulknittel

+ Paul

Jurutera Pertumbuhan

Paul bersemangat untuk mencipta produk bertaraf dunia dan sukakan proses untuk melaksanakannya bermula daripada peringkat mereka bentuk & merancang sehinggalah ke peringkat pelaksanaan. Pada masa lalu, beliau telah menjalani latihan di tempat seperti Airbus dan Google serta turut menghabiskan selama beberapa tahun terlibat dalam pelbagai permulaan. Dia teruja untuk menyumbang kepada misi luar biasa Canva untuk membuat reka bentuk yang boleh diakses oleh semua orang.

Sep 2016
mikew

+ Mike

Pemasar Produk

Mike W menganggap dirinya lebih menarik berbanding cadangan latar belakang Perakaunan & Undang-undangnya. Sebelum menyertai pasukan pengantarabangsaan Canva, beliau bekerja di LinkedIn dan yang mana pada permulaannya dia cuba membantu orang memikirkan apa yang perlu dilakukan dengan kehidupan mereka. Pada hujung minggu, anda akan menemui Mike di gelanggang tenis, bermain lagu gitar Ben Howard dan meminum terlalu banyak espresso.

mattcarter

+ Matt

Jurutera Bahagian Depan

Baru-baru ini, Matt memperdagangkan hujan di Seattle untuk sinar matahari di Sydney. Sebelum ini bekerja di ThoughtWorks dan Getty Images, beliau menyertai Canva untuk peluang hebat bagi membina ciri untuk berjuta pereka. Pada masa lapang, beliau mengimpikan perlumbaan kereta rali dan mengesali penggunaan "ironis" yang salah.

annehoang

+ Anne

Pemasar Pertumbuhan

Selepas beberapa tahun bekerja di agensi digital dan pelbagai perniagaan pelanggan, Anne menyertai Canva sebagai Pemasar Pertumbuhan, mengusahakan produk pasukan. Apabila beliau tidak bekerja, anda akan menjumpainya di laluan kembara pejalan kaki, cuba mendaki gunung dengan teknik pendakian yang lemah atau berbaris di kedai ais krim.

tristan

+ Tristan

Jurutera Bahagian Depan

Diselubungi dalam misteri, Tristan ialah subjek khabar angin dan spekulasi yang hebat. Siapakah jurutera legenda ini? Sesetengah orang mengatakan beliau sebenarnya seorang kolektif penggodam, sesetengah lain mengatakan bahawa dia adalah kesedaran yang muncul dari internet. Hanya satu perkara yang diketahui dengan pasti: Tristan tidak lagi dibenarkan menulis ringkasan penerbitannya.

jimtowle

+ Jim

Operasi Cetakan Global

Jim telah menghabiskan 20 tahun terakhir bekerja di industri cetak dan telah menyertai Canva bagi menguasai kerja dengan Canva untuk Cetak. Pada masa lapang, anda boleh menjumpainya di luar menikmati masa bersama keluarga, cuaca California, berlari, berbasikal gunung, melakukan sukan air dan juga menikmati kraf bir.

benthompson

+ Ben

Jurutera Bahagian Depan

Ben ialah nerda JavaScript dari Brisbane dan telah menyertai pasukan bahagian depan di Canva. Dia menghabiskan sebahagian besar 2015 bekerja jarak jauh dari Eropah, Kanada dan AS (iaitu mengelakkan kedewasaan) tetapi teruja untuk menetap di Sydney, dan akan menghabiskan sebahagian besar masa lapangnya mecuba di tempat yang menyediakan kopi tempatan; cadangan dialu-alukan!

kakitangan-baharu

Ingin Menyertai Kembara Canva?

Hubungi kami!